i got you!

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Monday, April 11, 2011

Yakinlah pada orang yang mencintai kita..

bila baca balik ayat-ayat di bawah ni..mesti senyum sendiri..and kadang-kadang sedih sendiri..actually, da banyak kali baca ayat-ayat ni..and da agak lama simpan in my collection bacaan sendiri dalam laptop saya ni..and harini tiba-tiba teringin nak wat as my entry..hope semua enjoy..yakinlah pada orang yang mencintai kita..jika benar dia mencintai kita, dia akan menerima diri kita seadanya..perancangan DIA itu cantik..berserahlah pada DIA..and percayalah..kita akan peroleh sesuatu yang sangat berharga tanpa kita sedari..cuma lihatlah dengan mata hati....

errr..panjang pulak membebel..sory..so, jom baca guys...

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”
*yes..insyallah..dia akan kembali..

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”
*yup..atleast i try..! saya tak pernah menyesal mencintainya..until now and always..

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”
*seseorang yg mencintai akan cuba mengambil tindakan sebagai melindungi kekasih hatinya..itu tandanya dia sayangkan kita

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”
*yup..atleast..i do my best..

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”
*insyaallah...

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”
*menerima seadanya..insyallah..yang penting bukan kesempurnaan yang di lihat..but menjadi sempurna bila bersama org yg dicintai..itu lebih bermakna..

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk anda…sentiasa ada bersama.”
*hmm...yes..dia sentiasa akan bersama bila kita susah..mendengar setiap masalah kita..:(

*Ya Allah Ya Fattah..temukanlah aku kepada teman hidupku yang bakal melindungi ku...amin ~

1 comment: