i got you!

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Saturday, March 19, 2011

ape yang bukan milikmu tetap bukan milikmu..

susah nat terima hakikat kan..?? bertahun bercinta..menyulam harapan..impian...tiba-tiba musnah di tgh jalan..pernah fikir x mcm mne kita putus dgn psgn kita tu..? if wujud someone yg nk hancurkan kita n dia berjaya..sedih n marah..dendam suma ade..mulanya aku mcm tu..tp setelah mendekatkan diri padaNYA..n now cube slow-slow bljr membaca Al-Quran tu balik..jiwa aku da xrasa dendam or ape2 kt org tu..cuma semoga dia akan dpt hidayah dr ALLAH..for him..i mish..i mish u..mish our old memories..:(
kat sini aku nk kongsi dgn korang tentang article yg aku jumpa kt iluvISLAM.com..jom tambah ilmu..~

baca dgn mata hati....

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
notakaki:kembali pada fitrahNYA..someone pernah cakap kt aku..if kita cintakan someone tu seikhlas hati kita..kita cuba lepaskan si dia dengan seikhlas hati kita juga..then,believes that..kita akan dpt bahagian kita n if jodoh kita still bersamanya..dia akan dtg kepada kita balik..i wish that..~
yes..if this is the decision..it's hard for me to accepting..but, i will try my hardest..kepada awak..saya ikhlas doakan kebahagiaan awak walau di mana pun awak berada..ikut kata hati awak..then just follow it..sy cube belajar menerima hakikat yang kita tiada jodoh..but,just  remember one ! i will wait until you will find your soulmate..maybe lepas ni..hati saya akan tertutup tuk someone..n xtaw sampi bila..maybe sy memerlukan masa tuk terima semua ni..
kata-kata akhir : will missing you and remember...i still LOVE you..!

No comments: